Khamis, 24 Julai 2008

RESIPI NASIK DAGING...SILA SALIN

dah ramai pulak yg tanya resepi..poyo jek..padahal sorang dua...tak pe....nanti aku wat archive apa yg aku masak...ok

Resipi Nasik (4-5 orang)

1 kg daging dipotong kiub rebus sampai empuk (simpan air)
beras 6 pot
Bunga lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis
halia dimayang
bawang putih ditumbuk
bawang merah ditumbuk
rempah kurma 2 sudu (bancuh dgn air)
minyak sapi (optional)
daun pandan

cara-cara:

Tumis bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau. masukkan rempah tumis, masukkan rempah kurma. biarkan garing seketika, masuk air rebusan 6 pot cawan nasik. masukkan beras dan daun pandan. kacau supaya tidak hangus. bila nasik dah hampir masak, masukkan daging yg direbus tadi. kacau, kecilkan api. tunggu hingga masak

rencah: air asam

bawang besar dimayang, cili api, cili merah ditumbuk, masukkan asam jawa, belacan, asam limau, santan, gula garam dan kerisik. sedia utk dimakan.

p/s: ada org masukkan susu cair dlm nasik...aku tak pakai sbb air asam aku dah taruk santan...berapa byk lemak daaaa

Tiada ulasan: